CHRIST JACK MENULIS :
WAHAI PENGIKUT MUHAMMAD TOLONG BERIKAN SAYA PENJELASAN ATAS PERTANYAAN BERIKUT INI :
1. DIDALAM QURAN AL KARIM ATURAN MENIKAH BAGI PRIA ISLAM ADALAH SEBANYAK BANYAKNYA 4 ORG....TAPI KENAPA MUHAMMAD BERISTRI LEBIH DARI 4 ORG....??? APA DALILNYA....???
2. ISLAM SELALU MENGKLAIM BAHWA IBRAHIM ITU ISLAM NAH PERTANYAAN SAYA BAGAIMANA BUNYI 2 KALIMAT SYAHADAT YG DIUCAPKAN IBRAHIM....????
3. KETIKA JIBRIL MENEMUI MUHAMMAD DI GOA HIRA DIA BERKATA " IQRO " PADAHAL JIBRIL ITU MAHA TAHU....SEDANGKAN DIA TAHU MUHAMMAD ITU BUTA HURUF TETAPI KENAPA JIBRIL HARUS BERKATA "IQRO"....??? APAKAH JIBRIL PURA2 BEGO...??
4. KEBANYAKAN ISLAM SELALU MENCELA ISA(YESUS)......DGN BERBAGAI MACAM CERCAAN....NAH KALAU BEGITU DAPATKAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENUNJUKAN KESALAHAN DAN DOSA YG DILAKUKAN OLEH ISA(YESUS) YG DICATAT OLEH QURAN AL KARIM.....????(KHUSUS PERTANYAAN INI BERHADIAH 2 TRILYUN RUPIAH).....
PENJELASAN SAYA (ABU ZULFIQAR) :
Berikut saya sediakan jawapan ringkas tentang persoalan-persoalan yang dikemukakan :
ISU 4 ORANG ISTERI
Memang benar kitab Perjanjian Terakhir atau Perjanjian Muktamad iaitu Al-Quran The Last Testament menghadkan jumlah isteri kepada 4 orang sahaja. Namun kita mestilah faham dengan hati yang jernih, bahawa perintah itu datang daripada Tuhan hanya selepas Nabi Muhammad mengahwini isteri-isterinya. Sekiranya perintah itu datang sebelum itu, sudah pasti Nabi Muhammad pun tidak akan berkahwin lebih daripada 4 orang isteri.
Apabila peritah itu datang selepas Nabi Muhammad mengahwini isteri-isterinya, maka memang sesuailah dia tidak menceraikan mereka. Hal ini kerana sekiranya mereka diceraikan, dengan siapa mereka akan berkahwin? Umat Islam lain tidak akan mengambil mereka sebagai isteri kerana kesemua isteri-isteri Nabi Muhammad berpangkat IBU KEPADA KAUM MUSLIMIN, yang dikenali sebagai Ummul Mukminin. Mana mungkin kita menikahi ibu-ibu kita sendiri! Kan begitu?
Oleh itu bagi ibu-ibu kaum muslimin iaitu para isteri Nabi Muhammad, mereka diberi kekhususan. Mereka boleh kekal dengan Nabi Muhammad Utusan Terakhir sekalipun jumlah isteri-isteri baginda sudah lebih daripada 4 orang. Seandainya diceraikan, bayangkan... mereka terpaksa hidup sendirian tanpa pembelaan sesiapa.
Kesimpulannya, kekalnya mereka sebagai isteri-isteri Nabi Muhammad tidak lain adalah lebih untuk kepentingan mereka, bukan untuk kepentingan Nabi Muhammad sendiri. Begitulah antara cara agama Islam memelihara kepentingan umat manusia, jin dan seluruh alam makhluk.
ISU SYAHADAT NABI IBRAHIM.
Agama yang benar itu hanya ada satu. Dari segi akidahnya, langsung tidak ada sebarang perubahan sejak zaman Nabi Adam sampailah ke akhir zaman. Yang berbeza hanyalah syariatnya, yang Tuhan sesuaikan mengikut zaman dan keadaan. Oleh itu, agama Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Irmiya, Nabi Uzair, Nabi Sulaiman dan lain-lain kesemuanya agama Islam. Tentunya mereka tidak menyebut pegangan mereka sebagai “Islam’ kerana perkataan ‘Islam’ itu dalam bahasa Arab. Tetapi mereka menyebut “Islam’ dalam bahasa masing-masinglah.
Apabila tiba zaman Nabi Muhammad, Tuhan turunkan syariat yang terakhir, yang mana syariat ini membatalkan kesemua syariat-syariat terdahulu yang rata-ratanya sudah rosak, terseleweng, tersalah faham dan sebagainya. Antara buktinya,tidAK ada sebarang kitab suci terdahulu yang terpelihara 100 peratus sebagaiaman asalnya. Selepas turunnya Al-Quran The Last Testament, itulah sahaja satu-satunya kitab suci yang tidak mengalami sebarang kerosakan. Jadi yang kekal sebagai Islam ialah para pengikut ajaran Tuhan yang diturunkan Tuhan melalui Nabi Muhammad.
Tentang syahadah yang diucapkan pada zaman Nabi Ibrahim, saya tidak ketemu sebarang maklumat yang boleh dijadikan sandaran kukuh. Tapi seandainya ada kalimah syahadah pada zaman itu, walau dalam bahasa apa pun ucapannya,ia akan membawa maksud : “Tidak ada Tuhan selain Allah. Ibrahim itu utusan Allah.”
ISU PERINTAH ‘BACALAH’.
Sebelum menjawab terus kepada isunya, kita perbetulkan satu kesalahan maklumat dalam pernyataan di atas. Sebenarnya malaikat Jibril (Gabriel) TIDAK MAHU TAHU. Yang Maha Tahu ialah Tuhan sahaja, iaitu Allah. Maha Tahu itu membawa maksud tahu segala-galanya, sedangkan JIbril tidak tahu segala-galanya. Kita lihat bukti daripada Alkitab/Bible sendiri :
“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketika (berlaku)nya (kiamat) itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA (iaitu Tuhan sebenar) SAHAJA.”
(Markus 13: 32)
Ayat ini jelas menunjukkan ada perkara yang tidak diketahui oleh Nabi Isa (Jesus), para malaikat (termasuklah Jibril) dan seluruh makhluk. Oleh itu mana-mana makhluk pun tidak ada YANG MAHA TAHU. Yang Maha Tahu hanyalah Tuhan sahaja, yang dikenali dalam Bible sebagai Bapa.
Salah satu tujuan malaikat Jibril menyuruh Nabi Muhammad iqra’ tidak lain adalah sebagai salah satu method pengajaran guru kepada anak muridnya. Melalui pertanyaan ini, Nabi Muhammad akan merendah diri dan akan menerima segala pindahan ilmu daripada Jibril dengan lancar.
Kita ambil contoh untuk memahami situasi ini. Kita tidak pernah tahu cara memandu kereta. Suatu hari datang seorang guru dan berkata kepada kita : “Ok, pandu kereta ini sekarang!” Padahal kita langsung tidak tahu. Dari situ datang kesedaran kepada kita, bahawa sesungguhnya kita ini ‘zero’ ilmu dalam bidang pemanduan kereta, lalu hilanglah segala ego kita. Selepas itu segala tunjuk ajar guru itu akan kita ikuti dengan lancar, taat dan ikhlas hati.
Kisah ini sebenarnya ada terakam dalam Alkitab/Bible :
“Dan apabila kitab ini diberikan kepada seseorang (iaitu Nabi Muhammad) YANG TIDAK DAPAT MEMBACA dengan mengatakan: “BACALAH ini”, maka dia menjawab: “AKU TIDAK TAHU membaca.”
(Yesaya 29:12)
Lihatlah, peristiwa Nabi Muhammad dengan malaikat Jibril ini sudah diketahui oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu melalui kitab-kitab mereka.
ISU CELAAN KE ATAS NABI ISA
Seumur hidup saya, belum pernah saya mendengar umat Islam mencela Nabi Isa. Menurut ajaran agama Islam, Nabi Isa ialah salah seorang rasul/ utusan Tuhan sebagaimana juga Nabi Muhammad, Nabi Yahya (John the Baptist), Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Daud dan rasul-rasul lain. Umat Islam diwajibkan mempercayai dan mencintai kesemua mereka termasuklah Nabi Isa. Mana mungkin seorang muslim yang beriman akan mencela Nabi Isa. Bahkan rosak iman seseorang muslim itu jika dia ada tidak percaya kepada mana-mana salah satu utusan-utusan Tuhan itu termasuklah Nabi Isa.
Cuba baca sendiri kisah Nabi Isa dalam Perjanjian Terakhir, kitab suci Al-Quran. Semuanya cerita yang baik-baik. The Last Testament Al-Quran sendiri meletakkan nama salah satu surahnya sebagai Surah Maryam(Mary), ibu kepada Nabi Isa. Mengapa Nabi Muhammad meletakkan nama ibu Nabi Isa dan bukan nama ibunya sendiri Aminah? Mengapa bukan nama anaknya Fatimah? Mengapa bukan nama isterinya Khadijah? Nama-nama mereka tidak dijadikan tajuk mana-mana surah tetapi nama ibu kepada Nabi Isa ada.Mengapa ya? Padahal Nabi Muhammad tidak ada hubungan kekeluargaan dengan ibu Nabi Isa.
Jawapannya... kerana itu adalah perintah daripada Tuhan, bukannya kehendak Nabi Muhammad sendiri. Apabila sudah ditentukan begitu nama surahnya, maka Nabi Muhammad tidak boleh menidakkannya. Hal ini juga menunjukkan yang Al-Quran The Last Testament itu benar-benar wahyu daripada Tuhan.
Nabi Isa juga seperti Nabi Muhammad, seorang utusan Tuhan yang hanya menurut sahaja apa jua perintah Tuhan ke atas dirinya. Hal ini terbukti dalam Alkitab/ Bible :
“Aku (Jesus) tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah (Bapa/Tuhan sebenar) yang mengutus aku"."
(Yohanes 8:42)
Lihat baik-baik, Nabi Isa hanyalah seorang utusan Tuhan. Sebagai utusan Tuhan, Nabi Isa atau Nabi Muhammad tidak boleh melakukan sesuaka hati melainkan apa yang diperintahkan oleh Tuhan. Buktinya dalam Alkitab/Bible sendiri:
“Maka aku(Jesus) tidak boleh berbuat suatu apa pun mengikut kemahuanku sendiri, sebagaimana YANG AKU DENGAR (daripada Tuhan) sebegitulah aku hukumkan, dan hukumku itu adalah adil kerana aku tidak cuba menurut kemahuanku sendiri MELAINKAN KEMAHUAN BAPA yang mengutus aku.”
(Yohanes 5:30)
Perhatikanlah bukti ini dengan mendalam.
Menurut ajaran Islam juga, kesemua para rasul termasuklah Nabi Isa bersifat maksum.Mereka tidak memiliki sebarang dosa. Jadi, bagaimana umat Islam mahu menunjukkan dosa-dosa Nabi Isa kepada anda? Dalam Al-Quran? Lagilah jauh panggang dari api. Berjuta tahun mencari pun tidak akan ketemu, malah mustahil untuk ditemui.
KESIMPULAN
Demikianlah jawapan ringkas terhadap 4 persoalan yang anda ajukan. Semoga bermanfaat.
Dan...
Tiba giliran saya pula untuk mengajukan 4 persoalan juga kepada para pengikut Tuhan Jesus (Jesus yang dianggap sebagai Tuhan) :
SATU – Dalam Alkitab/Bible dinyatakan :
“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.” (Matius 11: 25)
1. Kepada siapakah Jesus bersyukur? Kepada dirinyakah? Atau kepada siapa?
2. Apakah jawatan Bapa?
3. Apa pula jawatan Jesus?
4. Siapakah Tuhan langit dan bumi?
5. Adakah Jesus itu Tuhan langit dan bumi?
Harap dijawab setiap satunya dengan jujur dan hati yang jernih.
DUA – Alkitab/Bible menyatakan :
“Lalu mereka membawanya (budak yang dirasuk roh jahat itu) kepadanya (kepada Jesus). Waktu roh itu melihat Jesus, anak itu segera digoncang-goncangnya, dan anak itu terpelanting ke tanah dan terguling-guling, sedang mulutnya berbuih/berbusa (terus kena histeria). Lalu Jesus bertanya kepada ayah anak itu: "SUDAH BERAPA LAMA DIA SEBEGINI?" Jawabnya: "Sejak masa kecilnya.”
(Markus 9: 20-21)
Dikatakan Jesus itu Tuhan. Setahu kita,Tuhan MAHA MENGETAHUI, maksudnya Tuhan tahu segala-galanya. Sesiapa sahaja yang ada tidak tahu WALAU SATU PERKARA PUN, jelas orang itu bukanlah Tuhan. Tapi......
...... mengapa Jesus yang Tuhan itu tidak tahu sejak bila budak itu kerasukan?
TIGA - “Kata Jesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada BAPAKU DAN BAPAMU, kepada ALLAHKU DAN ALLAHMU."
(Yohanes 20: 17)
1. Siapakah Bapa kepada Jesus dan orang-orangnya?
2. Siapakah Allah kepada Jesus dan orang-orangnya?
EMPAT – Kita sedia maklum bahawa Tuhan MAHA MENGETAHUI. Mari lihat apa kata Alkitab/Bible:
“Apabila Tuhan melihat yang kejahatan manusia banyak di bumi dan bahawa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata. MAKA MENYESALLAH TUHAN, bahawa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya. Berfirmanlah Tuhan: "Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia mahupun haiwan dan binatang-binatang melata dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal yang Aku telah menjadikan mereka."
(Kejadian 6: 5-7)
Tuhan menyesal dan berasa pilu? Bagaimana Tuhan boleh menyesal menciptakan manusia? Adakah Dia tidak mengetahui perkara akan datang. Tuhan jenis ini tidak serba tahu, maka bagaimana dia boleh menjadi Tuhan?
Kerana menyesal menciptakan manusia, Tuhan bertindak zalim dengan menghapuskan sama haiwan, binatang-binatang melata dan burung-burung. Apa pula kaitan haiwan-haiwan itu dengan kejahatan manusia? Tidakkah ini satu kezaliman?
Sekian, terima kasih.
1 Disember 2011
No comments:
Post a Comment