CHRIST JACK MENULIS :
SEBELUM KUJAWAB SOALANMU..KUKRITISI DULU JAWABANMU...
ISU 4 ORANG ISTERI
JIKA ALLAH MAHA TAHU DAN MAHA BIJAKSANA, APAKAH MUNGKIN MENURUNKAN ATURAN HANYA 4 SAJA....SEMENTARA MUHAMMAD SUDAH BERISTRI 11 ORANG...(APAKAH MUNGKIN ALLAH LINGLUNG DAN TIDAK BERPIKIR AKAN MEMBUAT KONTRADIKTIF ANTARA PERLAKUAN NABINYA DAN ATURAN YG DITURUNKAN...????) KENAPA ALLAH TDK MENURUNKAN SAJA ATURAN MENJADI 11 ISTRI...???
COBA JAWAB DULU AYAT INI TURUN KETIKA ITU MUHAMMAD ADA DI MEKAH ATAU MEDINAH...??? DAN KETIKA ITU MUHAMMAD BERUMUR BERAPA...???
ISU SYAHADAT NABI IBRAHIM.
SAYA TANYA KALAU IBRAHIM ITU ISLAM YA SYAHADAT GIMANA...???
APAKAH IBRAHIM MENGUCAPKAN SYAHADAT ITU DEMIKIAN...???
SUNGGUH MENGGELIKAN YA " IBRAHIM MENYEBUT DIRINYA SENDIRI...MUNGKIN INI JUGA AKAN MENJADI PERTANYAAN JUGA BAGAIMANA SYAHADAT MUHAMMAD....???
BTW TOLONG JANGAN TERKESAN PAKSA.COM ATAU NGARANG.COM...ISHAK,YAKUB,MUSA,HARUN,DAUD,SALOMO ...SEMUA ITU BUKAN ISLAM(BERAGAMA ISLAM) TAPI BERAGAMA YAHUDI....BRO...
ISU PERINTAH 'BACALAH'.
ANAK KECIL JUGA TAHU JIKA DISURUH BACA..YA PASTI ADA BAHAN ATAU SUMBER YG DIBACA...DAN APAKAH MUNGKIN ALLAH MENYURUH JIBRIL YG BEGO..DAN TDK TAHU AKAN ORG YG AKAN DIJUMPAINYA...??? PASTI JUGA DISATU SISI ALLAH TDK MUNGKIN LUPA ATAU SENGAJA TDK MENGATAKAN KEPADA JIBRIL BAHWA MUHAMMAD ITU UMMI....DAN KALAUPUN JIBRIL TDK TAHU BERARTI DIA MEMPERMALUKAN ALLAH KRN SEAKAN AKAN ALLAH TDK TAHU AKAN KEBERADAAN MUHAMMAD....
ISU CELAAN ATAS NABI ISA
HA..HA..GAK USAH KAU BELA ORANG2 MU...DISEANTERO DUNIA INI YANG NAMANYA ISLAM PASTI AKAN SELALU MENCELA YESUS...BAHKAN BANYAK TANGAN2 JAHIL YANG MENULISKAN TENTANG INJIL YANG MENJELEKKAN YESUS...
SELALU JUGA ISLAM MENGKLAIM BAHWA YESUS ITU BUKAN ISA SEHINGGA DICERCA DAN DIHINA HABIS HABISAN....
PADAHAL KERANA KETIDAK TAHUAN DAN KEBENCIAN ISLAM TERHADAP YAHUDI DAN NASAROH...SEHINGGA MEREKA SELALU MENDISKREDITKAN YESUS....
PERLU KU GARIS BAWAHI BAHWA JIKA ANDA KE ISRAEL(JERUSALEM)....TIDAK ADA YANG MEMANGGIL YESUS ITU DENGAN ISA...TETAPI SEBUTANNYA ADALAH YESHUA(BAHASA IBRANI),JESUS(INGGRIS) DAN YESUS(INDONESIA)...SEMENTARA ISA ITU ADALAH TRANSLATE DARI BAHASA SYRIA...
JADI BAIK ISA MAUPUN YESUS ITU ADALAH PRIBADI YANG SAMA....
DAN MEMANG TIDAK ADA SATUPUN AYAT YANG MENCATAT TENTANG KESALAHAN DAN DOSA ISA DI QURAN....KERANA DIA LAHIR SAMPAI BESARPUN TETAP MAHA SUCI....BETAPA MULIANYA DIA...SEMUA NABI BERPERANG...HANYA ISA(YESUS) YANG TIDAK MENYATAKN PERANG BAHKAN BERKATA KASIHILAH MUSUHMU DAN BERDOALAH UNTUKNYA....ITULAH MULIANYA ISA YANG MENANAMKAN AJARAN KASIH..
PENJELASAN ABU ZULFIQAR :
4 soalan anda sudah saya jawab dengan baik-baik, tapi 4 soalan saya tidak pula berjawab. Sebaliknya dibalas dengan soalan-soalan pula?
Tak mengapalah, untuk kali ini saya beranggapan anda tentunya sedang sibuk menyiapkan jawapan-jawapan kepada 4 soalan itu agar ia benar-benar ilmiah. Jadi saya beri peluang kali ini, maka saya jawab dahulu soalan-soalan terbaru dari anda.Tapi jika selepas ini masih belum datang juga jawapan kepada 4 soalan saya itu, maka saya tidak akan menyambung sebarang diskusi dengan anda lagi. Terus saja menajwab 4 soalan saya itu, tidak perlu mengelak ke sana ke mari, kan mudah?
CHRIST JACK MENULIS :
SEBELUM KUJAWAB SOALANMU..KUKRITISI DULU JAWABANMU...
ISU 4 ORANG ISTERI
JIKA ALLAH MAHA TAHU DAN MAHA BIJAKSANA, APAKAH MUNGKIN MENURUNKAN ATURAN HANYA 4 SAJA....SEMENTARA MUHAMMAD SUDAH BERISTRI 11 ORANG...(APAKAH MUNGKIN ALLAH LINGLUNG DAN TIDAK BERPIKIR AKAN MEMBUAT KONTRADIKTIF ANTARA PERLAKUAN NABINYA DAN ATURAN YG DITURUNKAN...????) KENAPA ALLAH TDK MENURUNKAN SAJA ATURAN MENJADI 11 ISTRI...???
COBA JAWAB DULU AYAT INI TURUN KETIKA ITU MUHAMMAD ADA DI MEKAH ATAU MEDINAH...??? DAN KETIKA ITU MUHAMMAD BERUMUR BERAPA...???
PENJELASAN SAYA :
Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu meluruskan satu perkara terlebih dahulu.
Menurut agama kepercayaan anda, Tuhan itu Maha Tahu ataupun TIDAK?
Jawapan anda (1) : ................................... ?
Berdasarkan ayat-ayat Alkitab/Bible (untuk tidak memanjangkan tulisan, saya tidak melampirkannya di sini tetapi saya boleh mendatangkannya jika perlu) :
1. Tuhan tidak tahu yang manusia akan membuat kerosakan. Buktinya,Tuhan menyesal menciptakan manusia. Jadi menurut Alkitab/Bible,Tuhan itu tidak Maha Mengetahui. Sebegitukah pegangan anda?
2. Tuhan tidak tahu di mana Adam menyorok di dalam Taman Eden, sehinggakan Tuhan tercari-cari dan terpaksa memanggil Adam keluar. Maksudnya, Tuhan tidak Maha Mengetahui. Sebegitukah kepercayaan anda?
3. Jesus (yang dikatakan Tuhan itu) ternampak pokok ara dari jauh, tetapi Jesus tidak tahu sama ada pokok ara itu berbuah ataupun tidak. Setelah dia datang dekat, barulah diketahuinya yang pokok itu tidak berbuah. Hal ini juga menunjukkan Tuhan tidak Maha Mengetahui.
Ada banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh saya kemukakan. Cukuplah setakat itu saja dulu.
Baiklah. Jawapan Bible/Alkitab sudah kita ada. Jawapan agama Islam pun tentu kita sedia maklum, Tuhan Maha Mengetahui.
Maka sekarang... kita menunggu jawapan anda. Adakah Tuhan itu Maha Mengetahui?
Soalan seterusnya – Layakkah sesuatu yang tidak tahu segala-galanya memegang jawatan sebagai Tuhan?
Jawapan anda (2) : .............................?
Mengikut ajaran agama Islam, Tuhan itu Maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya. Sesiapa sahaja yang pernah tidak tahu walau satu perkara, tidak layak sebagai Tuhan.
Silakan dengan jawapan anda.
Untuk soalan anda yang pertama, jawapannya sama dengan persoalan:
1. Jika Tuhan sudah tahu manusia akan membuat kerosakan dan Jesus akan menebus dosa umat manusia, mengapa Tuhan tidak mendatangkan Jesus awal-awal lalu terus sahaja menebus dosa umat manusia? Mengapa perlu tunggu sehingga abad pertama Masehi? Mengapa Tuhan biarkan dosa-dosa manusia bertimbun-timbun sejak zaman Adam sehingga ke zaman Yohanes Pembaptist lalu baru diturunkan Jesus? Bukankah sepatutnya Jesus dikorbankan pada zaman Adam, atau zaman Noah, atau zaman Musa dan lain-lain? Adakah Tuhan tidak tidak Maha Tahu dan tidak Maha Bijaksana?
2. Jika Jesus (yang dikatakan Tuhan itu) sudah tahu pokok ara itu tidak berbuah, mengapa dia perlu datang dekat dan melihatnya terlebih dahulu? Bukankah dari jauh, bahkan dari sebelum lahirnya Jesus lagi sepatutnya Tuhan sudah tahu yang pokok ara itu tidak berbuah? Adakah Tuhan tidak Maha Mengetahui menurut anda?
3. Jika Tuhan sudah sedia tahu bahawa pada hari ini ribuan juta manusia akan mengikut Nabi Muhammad yang dianggap sebagai perosak umat manusia itu, mengapa Tuhan tidak membatalkan saja penciptaan Nabi Muhammad? Jesus (yang dikatakan Tuhan itu) kan sudah tahu yang Nabi Muhammad akan menjadi perosak, mengapa Dia membenarkan Muhammad lahir juga?
Ada banyak lagi persoalan yang semirip dengan yang di atas. Cuba anda jawab persoalan-persoalan ini jika anda mahu tahu jawapan kepada pertanyaan anda : “Mengapa Tuhan hadkan isteri kepada 4 orang selepas Nabi Muhammad berkahwin dengan lebih 4 orang. Kenapa Tuhan tidak hadkan kepada 11 orang terus?”
Cubalah jawab 3 persoalan di atas (walaupun tiga persoalan, jawapannya hanya satu sahaja).
Jawapan anda (3) : .........................................?
Menurut agama Islam, jawapan kepada persoalan-persoalan ini mudah sahaja, iaitu... semua itu berada dalam pengetahuan Tuhan sahaja. Semua itu ialah rahsia Tuhan.Hanya Dia sahaja yang tahu MENGAPA DIA MENGATUR KRONOLOGINYA BEGITU. Apabila Dia mengatur kronologi sebegitu, hal itu bukan bermaksud Dia tidak Maha Mengetahui dan tidak Maha Bijaksana.
Tuhan sudah sedia tahu Fir’aun tidak akan beriman, tetapi Tuhan tetap memerintahkan Nabi Musa agar berdakwah kepada Fir’aun.
Tuhan sudah sedia tahu yang Yohanes Pembaptis (Nabi Yahya) akan dibunuh pemerintah, tetapi Tuhan membiarkan dia dibunuh.
Tuhan tahu yang Maryam (ibu Nabi Isa) akan dipandang serong jika beroleh anak tanpa ada suami, tetapi Tuhan tetap menjalankan perancangan-Nya.
Ya, jawapan agama Islam sudah diberi. Sekarang menanti jawapan anda pula.
Satu lagi,menurut agama Islam, TUHAN TIDAK BERFIKIR. Hal ini kerana sifat ‘berfikir’ itu satu kelemahan. Tuhan tidak perlu berfikir, tercari-cari jawapan, memikirkan apa yang mahu dibuat, teragak-agak dan sebagainya yang bersangkutan dengan ‘berfikir’. Tuhan Maha Mengetahui. Dia tidak berhajatkan kepada ‘berfikir’. Yang perlu berfikir ialah makhluk, bukannya Tuhan. Apa sahaja yang berfikir, maka itu bukan Tuhan. Begitu menurut pandangan Islam.
Tentang ayat yang dimaksudkan, sila nyatakan ayat yang mana? Apa nama surahnya? Ayat yang ke berapa?
Hal ini untuk membuktikan yang anda memang seorang pengkaji yang berhati jernih lagi jujur, yang mencari kebenaran, bukan sekadar mengikut-ikut cakap-cakap orang lain. Sila nyatakan ayatnya, saya akan berikan jawapan.
ISU SYAHADAT NABI IBRAHIM.
SAYA TANYA KALAU IBRAHIM ITU ISLAM YA SYAHADAT GIMANA...???
APAKAH IBRAHIM MENGUCAPKAN SYAHADAT ITU DEMIKIAN...???
SUNGGUH MENGGELIKAN YA " IBRAHIM MENYEBUT DIRINYA SENDIRI...MUNGKIN INI JUGA AKAN MENJADI PERTANYAAN JUGA BAGAIMANA SYAHADAT MUHAMMAD....???
BTW TOLONG JANGAN TERKESAN PAKSA.COM ATAU NGARANG.COM...ISHAK,YAKUB,MUSA,HARUN,DAUD,SALOMO ...SEMUA ITU BUKAN ISLAM(BERAGAMA ISLAM) TAPI BERAGAMA YAHUDI....BRO...
PENJELASAN SAYA :
Syahadah itu tidak semestinya dengan ucapan. Apabila seseorang itu percaya Tuhan hanyalah satu iaitu Allah (atau apa saja sebutan untuknya yang sesuai) dan percaya nabi yang membawa ajaran itu sebagai utusan dari Tuhan, maka itu sudah dikira syahadah.
Nabi Ibrahim percaya atau tidak kepada Tuhan? Sudah tentu.
Nabi Ibrahim yakin atau tidAK yang dirinya itu ialah utusan dari Tuhan. Sudah tentu.
Maka sempurnalah sudah syahadahnya, tanpa perlu diucapkan pun. Cukup dengan PERCAYA /YAKIN.
‘Islam’ itu merujuk pada AGAMA KEBENARAN PADA SATU-SATU ZAMAN. Agama kebenaran untuk satu-satu zaman itu, disebut Islam. Sesiapa sahaja yang menganut AGAMA KEBENARAN pada satu-satu zaman, walau agamanya disebut orang sebagai Yahudi, Nasrani, Zarathustra, Tao, Shinto, Buku, Telefon, Batu dan sebagainya, dia dikira Islam. Orang yang mengikut agama Nabi Adam, dia dikira Islam. Yang mengikut agama Nabi Nuh, juga Islam. Yang mengikut agama Nabi Musa, tetap Islam. Sesiapa yang menyeleweng daripada ajaran asli para nabi itu, maka ketika itu dia dikira bukan Islam.
Tetapi apabila datangnya Nabi Muhammad Utusan Terakhir bersama-sama Al-Quran The Last Testament membawa agama kebenaran untuk zaman kita ini (sejak lebih 1400 tahun yang lalu), maka yang itulah yang menjadi agama Islam.
Saya jelaskan lagi.
‘ISLAM’ itu ibarat satu jawatan. Jawatan ini mesti sentiasa diisi apabila agama yang lama sudah rosak, sudah tidak relevan. Samalah seperti jawatan Presiden Indonesia. Walau siapapun yang naik pada sesuatu era, orang itu dinamakan sebagai ‘presiden’ tidak kira yang naik itu Soekarno, atau Suharto, atau Susilo, atau yang lain-lain. Apabila Soekarno sudah tidak relevan, naiklah Suharto yang disebut sebagai ‘presiden’. Apabila Suharto pula sudah tidak relevan, naik pula orang lain, yang juga dikenali sebagai ‘presiden’. Begitulah seterusnya, semuanya disebut sebagai ‘presiden’ walaupun nama mereka Gus Dur, Megawati, Susilo dan lain-lain.
Untuk zaman Nabi Adam dan wilayah yang dia diutuskan, agama yang diajarkannya (walau apa pun namanya), itulah Islam.
Untuk zaman Nabi Nuh dan wilayah yang dia diutuskan, agama yang diajarkannya itu (walau apa pun namanya), itulah Islam.
Untuk zaman Nabi Daud dan wilayah yang dia diutuskan, agama yang diajarkannya itu (walau apa pun namanya), itulah Islam.
Untuk zaman Nabi Muhammad dan wilayah yang dia diutuskan (iaitu ke seluruh dunia), agama yang diajarkannya itu (walau apa pun namanya), itulah Islam.
Jadi sekarang yang menjawat jawatan Islam itu ialah ajaran Nabi Muhammad. Sebab itulah ia dinamakan ‘Islam’. Begitu ceritanya. Ajaran Nabi Muhammad memegang jawatan Islam kerana ajaran nabi-nabi yang sebelumnya sudah tidak 100% asli, sudah rosak, sudah terseleweng, sudah disalahfahami, sudah hilang dasarnya iaitu kitab sucinya, dan lain-lain. Maka sisa ajaran nabi-nabi itu sudah tidak relevan untuk memegang jawatan Islam, maka semuanya diturunkan lalu diisi oleh ajaran Nabi Muhammad. Maka ajaran Nabi Muhammadlah yang dikenali sebagai Islam sekarang, kerana ia ajaran kebenaran untuk zaman dan wilayah akhir zaman ini.
ISU PERINTAH 'BACALAH'.
ANAK KECIL JUGA TAHU JIKA DISURUH BACA..YA PASTI ADA BAHAN ATAU SUMBER YG DIBACA...DAN APAKAH MUNGKIN ALLAH MENYURUH JIBRIL YG BEGO..DAN TDK TAHU AKAN ORG YG AKAN DIJUMPAINYA...??? PASTI JUGA DISATU SISI ALLAH TDK MUNGKIN LUPA ATAU SENGAJA TDK MENGATAKAN KEPADA JIBRIL BAHWA MUHAMMAD ITU UMMI....DAN KALAUPUN JIBRIL TDK TAHU BERARTI DIA MEMPERMALUKAN ALLAH KRN SEAKAN AKAN ALLAH TDK TAHU AKAN KEBERADAAN MUHAMMAD....
PENJELASAN SAYA :
Sudah pun dijawab sebelum ini, cara malaikat Jibril (Gabriel) itu ialah salah satu method awal dalam tarbiyyah/pendidikan. Antara tujuannya ialah supaya Nabi Muhammad faham yang dirinya sangat kekurangan ilmu. Dari itu, Nabi Muhammad akan berguru dengan bersungguh-sungguh. Hakikat keseluruhannya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui sebab-musabab jadi begitu, sebagaimana yang sudah saya jelaskan di atas tadi.
Jibril hanya menjalankan perintah Tuhan. Setakat ini saya tidak jumpa sebarang sumber mengatakan Jibril tahu ataupun tidak tahu yang Nabi Muhammad tahu apa yang perlu dibaca. Boleh jadi Jibril tahu, boleh jadi juga Jibril tidak tahu. Apa rujukan kuat anda mengatakan Jibril tahu bahawa Nabi Muhammad tidak tahu membaca apa yang disuruh baca?
Pada saya, tidak ada sebarang masalah sama ada Jibril tahu ataupun tidak.
1. Seandainya Jibril tahu, dia tetap akan berbuat demikian kerana sudah perintah Tuhan begitu. Dia tidak akan berbuat sesuka hatinya kerana dia hanya menurut perintah Tuhan.
2. Seandainya Jibril tidak tahu, sama juga. Dia hanya menjalankan perintah Tuhan. Sebagaimana yang disuruh, sebegitulah yang dia lakukan.
Tidak ada sebarang masalah di sini. Kesnya sama sahaja dengan kata-kata Jesus :
“Maka aku tidak boleh berbuat suatu apa pun mengikut kemahuanku sendiri, sebagaimana YANG AKU DENGAR (daripada Tuhan) sebegitulah aku hukumkan, dan hukumku itu adalah adil kerana aku tidak cuba menurut kemahuanku sendiri MELAINKAN KEMAHUAN BAPA yang mengutus aku.”
(Yohanes 5:30)
Jibril hanya menurut perintah. Sebagaimana yang disuruh Tuhan, sebegitulah yang dibuat oleh Jibril.
Tidak timbul juga masalah kononnya Jibril memalukan Tuhan. Tuhan menurut Islam memang Maha Mengetahui. Dia sudah sedia tahu yang majoriti kaum Noah akan mengikut jalan yang sesat, tetapi dia tetap menciptakan mereka. Itu bukan hujah kononnya Noah memalukan Tuhan.
Nabi Musa diutus berdakwah kepada Fir’aun, padahal Tuhan sudah sedia tahu yang Fir’aun tidak akan beriman. Adakah tindakan Nabi Musa berdakwah kepada Fir’aun itu dikira sebagai memalukan Tuhan? Mana mungkin begitu.
Sepatutnya kenyataan Alkitab/Bible ini yang mesti anda fikirkan dan cari jawapannya :
“Ketika Jesus memulakan pekerjaannya, dia berumur KIRA-KIRA TIGA PULUH TAHUN dan menurut anggapan orang dia adalah anak Yusuf, anak Eli.”
(Lukas 3: 23)
Bible ialah kitab suci. Kitab suci datangnya daripada Tuhan. Bagaimana Tuhan boleh tidak tahu berapa umur Jesus yang tepat? Mengapa Tuhan pakai AGAK-AGAK/KIRA-KIRA, LEBIH KURANG sahaja?
ISU CELAAN ATAS NABI ISA
HA..HA..GAK USAH KAU BELA ORANG2 MU...DISEANTERO DUNIA INI YANG NAMANYA ISLAM PASTI AKAN SELALU MENCELA YESUS...BAHKAN BANYAK TANGAN2 JAHIL YANG MENULISKAN TENTANG INJIL YANG MENJELEKKAN YESUS...
SELALU JUGA ISLAM MENGKLAIM BAHWA YESUS ITU BUKAN ISA SEHINGGA DICERCA DAN DIHINA HABIS HABISAN....
PADAHAL KERANA KETIDAK TAHUAN DAN KEBENCIAN ISLAM TERHADAP YAHUDI DAN NASAROH...SEHINGGA MEREKA SELALU MENDISKREDITKAN YESUS....
PERLU KU GARIS BAWAHI BAHWA JIKA ANDA KE ISRAEL(JERUSALEM)....TIDAK ADA YANG MEMANGGIL YESUS ITU DENGAN ISA...TETAPI SEBUTANNYA ADALAH YESHUA(BAHASA IBRANI),JESUS(INGGRIS) DAN YESUS(INDONESIA)...SEMENTARA ISA ITU ADALAH TRANSLATE DARI BAHASA SYRIA...
JADI BAIK ISA MAUPUN YESUS ITU ADALAH PRIBADI YANG SAMA....
DAN MEMANG TIDAK ADA SATUPUN AYAT YANG MENCATAT TENTANG KESALAHAN DAN DOSA ISA DI QURAN....KERANA DIA LAHIR SAMPAI BESARPUN TETAP MAHA SUCI....BETAPA MULIANYA DIA...SEMUA NABI BERPERANG...HANYA ISA(YESUS) YANG TIDAK MENYATAKN PERANG BAHKAN BERKATA KASIHILAH MUSUHMU DAN BERDOALAH UNTUKNYA....ITULAH MULIANYA ISA YANG MENANAMKAN AJARAN KASIH..
PENJELASAN SAYA :
Sebelum saya perjelaskan dengan lebih lanjut, ada satu perkara lagi yang mesti diperbetulkan, iaitu tentang Jesus. Apabila berbicara tentang Jesus, kita tidak boleh lari daripada dua situasi Jesus iaitu:
1. Jesus yang sebenar.
2. Jesus yang diada-adakan, sebagaimana yang disalahfahami oleh kebanyakan umat Kristian hari ini.
Jesus yang sebenar ialah Nabi Isa, seorang utusan Tuhan, tidak mati disalib dan lain-lain.
Jesus yang diada-adakan, iaitu yang disalahfahami oleh rata-rata umat Kristian ialah Tuhan, Anak Tuhan, mati disalib dan sebagainya.
Daripada dua pengertian ini, fahamlah kita bahawa umat Islam tidak pernah mencela Jesus yang sebenar, iaitu Nabi Isa, atau Yeshua, atau Yoshua, atau Yeheshua, atau Jesus dan lain-lain panggilan mengikut bahasa masing-masing. Umat Islam hanya menolak Jesus palsu yang diada-adakan itu sahaja. Pada hakikatnya, Jesus palsu itu tidak wujud pun, kerana dia diada-adakan. Oleh kerana dia tidak wujud, yang ditolak oleh umat Islam pada dasarnya ialah sikap dan kepercayaan orang-orang yang mengakui kewujudan Jesus palsu itu.
Jadi anda kena bijak membezakan, bila masanya seseorang itu sedang berbicara tentang JESUS SEBENAR (iaitu Nabi Isa) ataupun sedang berbicara tentang JESUS YANG DIADA-ADAKAN.
Jika benar dakwaan anda, sila berikan bukti yang umat Islam mencela Jesus yang asli. Silakan. Anda tidak akan menemuinya. Tapi jika anda cari umat Islam yang menolak Jesus palsu, yah, memang sudah semestinya yang palsu ditolak. Bahkan sebahagian umat Kristian pun menolak Jesus yang diada-adakan itu. Mereka ialah kaum Kristian Unitarian.
Tentang perbezaan sebutan nama, tidak wujud sebarang masalah. Orang Arab menyebut Muhammadd, itu yang aslinya. Orang-orang bangsa lain ada yang menyebutnya Mehmet, Muhamat, Muhammad, Ahmad, Ahmat, Mohamat, Mohamad, Mohamed dan sebagainya. Sebutannya agak berlainan tapi orangnya tetap sama.
Tentang perang, Jesus bukan sahaja tidak sempat berperang membela agama Tuhan sebagaimana Nabi Muhammad, malah dia tidak sempat melakukan begitu banyak perkara. Dia tidak sempat memerintah, tidak sempat berkeluarga, tidak sempat melakukan hubunga diplomatik, tidak sempat membentuk perlembagaan negara, tidak sempat menunjukkan contoh memelihara cucu, mencontohkan perjanjian damai dan banyak perkara lagi yang semuanya dicontohkan oleh Nabi Muhammad. Hal ini menyebabkan umat Kristian tidak ada contoh dan pedoman untuk melakukan hal-hal itu semua. Ajaran Kristian tidak dapat membina satu sistem apa pun untuk membentuk sebuah keluaraga, masyarakat apalagi negara. Terlalu banyak kekurangan ajaran Kristian. Jesus tidak mampu memberikan teladan dalam sekian banyak perkara. Sebab itu Jesus mengatakan :
“MASIH ADA BANYAK PERKARA yang mesti aku (Jesus) katakan kepadamu (para pengikutnya), namun sekarang kamu belum dapat memikulnya.”
(Yohanes 16:12)
Hanya umat Nabi Muhammad yang berupaya memikul kesemua tugasan di atas kerana dalam agama Islam bawaan Nabi Muhammad melengkapi keseluruhan aspek hidup di dunia dan di akhirat. Tidak perlu tercari-cari dan meminjam-minjam daripada ajaran-ajaran lain. Sepatutnya anda sendiri sudah lama menjadi pengikut Nabi Muhammad.
Pesan Jesus lagi :
“Tetapi apabila dia datang, iaitu roh kebenaran (iaitu Nabi Muhammad), dia akan memimpin kamu ke dalam kebenaran itu SELURUHNYA, sebab dia tidak berkata-kata daripada dirinya sendiri tetapi dia memperkatakan segala yang didengarnya sahaja (maksudnya menerima wahyu daripada Tuhan), dan dia akan memberitakan kepada kamu hal-hal yang akan datang. Dia akan memuliakan aku, sebab dia akan memberitakan kepada kamu apa yang diterimanya daripadaku.”
(Yohanes 13&14)
Setelah Nabi Muhammad datang, barulah ditunjukkan tatacara untuk mendirikan negara, menulis perlembagaan, menjalinkan hubungan diplomatik, berperang menentang musuh-musuh Tuhan, berurusan dengan menantu, menguruskan perkahwinan, berdagang, menjadi presiden sebuah negara dan lain-lain.
Lihat ketika Nabi Daud (David) memuji Nabi Akhir Zaman iaitu Nabi Muhammad :
“ENGKAULAH YANG TERBAIK dalam kalangan anak-anak manusia, KEMURAHAN TERCURAH DI BIBIRMU (iaitu sebutan harian Nabi Muhammad sebelum melakukan apa-apa pekerjaan iaitu ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang bermaksud ‘Dengan nama Allah Yang Maha PEMURAH...’), kerana itu Allah telah memberkati engkau buat selama-lamanya. Ikatlah PEDANGMU DI PINGGANG wahai pahlawan, dalam keagungan dan semarakmu. Dalam semarakmu itu majulah dengan kebenaran, perikemanusiaan dan keadilan. Biarlah tangan kananmu mengajarkan kau perbuatan-perbuatan yang hebat, ANAK-ANAK PANAHMU TAJAM menembus jantung musuh-musuh raja, bangsa-bangsa jatuh di bawah kakimu.”
( Mazmur 45: 3-6)
Lihat, pekerjaan Nabi Muhammad berpedang, berpanah dan berperang melawan MUSUH-MUSUH ALLAH dipuji oleh Tuhan, Nabi Daud dan Alkitab/Bible. Orang sebegini diiktiraf oleh Tuhan, Nabi Daud dan Alkitab/Bible sebagai YANG TERBAIK DALAM KALANGAN ANAK-ANAK MANUSIA. Maksudnya Jesus tidak layak untuk jadi YANG TERBAIK kerana tidak pernah berperang.
Fikir-fikirkan.
Sebenarnya Jesus hendka berperang, tetapi tidak sempat. Ketika orang-orang mencarinya untuk dibunuh, Jesus berpesan kepada kawan-kawannya :
"Tetapi sekarang, siapa yang mempunyai pundi-pundi hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai wang; dan SIAPA YANG TIDAK MEMPUNYAI PEDANG, maka juallah jubahnya dan BELILAH SATU PEDANG."
(Lukas 22:36)
Pakaian ditubuh lagi disuruh jual untuk membeli pedang. Untuk apa pedang-pedang itu? Untuk memotong bawang? Mengerat kuku? Menyembelih ayam?
Tidak! Untuk berlawan!
Begitulah ajaran Jesus apabila kita berhadapan dengan musuh-musuh Tuhan. Dan ajaran Jesus ini disambut oleh Nabi Muhammad dan para pengikutnya. Mereka berperang pada jalan Tuhan, untuk menentang musuh-musuh Tuhan,sebagaimana para nabi terdahulu.
Akhir kata, ikutilah perintah Jesus :
"Sembahlah Allah Tuhanmu dan ABDIKANLAH DIRI KEPADA DIA SAHAJA sahaja."
(Lukas 4:8)
Bukannya sembah Jesus dan berabdi kepada Jesus.
Kata Bible :
Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.”
(Korintus 1 8:4-6)
Jelas, Allah hanya satu, bukan tiga dalam satu.
Jelas, Allah hanyalah Bapa, bukannya Bapa, Roh Kudus dan Anak.
2 Disember 2011